Tuesday, July 26, 2011

Novel: Gadis Kampung (Bahagian 1)

Bahagian Satu: Sejarah

"Yati...Mana kamu ya? Datang sini sekejap. Tolong mak jemur baju-baju ini! Cepat, nanti panas pulak!" Jerit mak dengan nada penat dan nampak keuzuran diwajahnya ketika menahan nafas. Aku bergegas mencapai bakul dan terus melangkah memenuhi permintaan. Aku tidak sampai hati melihat orang tuaku berkerja kuat demi keluarga. Pada umur lewat 60-an, sepatutnya mereka hanya duduk berehat sambil bermain dengan cucu.

"Tidak guna punya abang!!!" Kataku dalam hati dengan perasaan marah. Aku serba salah mengenang nasib kami sekeluarga yang hilang semua harta pusaka dek tipu helah abang sulungku, Lazim. Kini, Abang Lazim sudah menetap di hutan batu Kuala Lumpur dan dengan berstatus professional, nyata bagi kami, Abang Lazim mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga. Malangnya semua itu adalah mimpi! Kami sentiasa berdoa agar Abang Lazim kembali namun hatinya tetap keras.

Mengimbau kembali sepuluh tahun yang lepas, Abang Lazim adalah kebanggaan keluarga. Percapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM membuka mata seluruh penduduk kampung ketika itu. "Wah...pandai anak engkau Mak Limah. Sejuklah perut yang mengandung" kata-kata gurauan senda penduduk kampung ketika itu. Ya, sememangnya mak aku semestinya bangga dengan percapaian anak sulongnya itu. Dan lebih membanggakan dengan surat tawaran sambung belajar di Amerika, Mak Limah tersenyum puas dengan kejayaan Abang Lazim. Aku pada ketika itu tetap menanam impian ingin mengapai kejayaan seperti Abang Lazim namun aku sedar aku tidak secerdik Abang Lazim yang nyata hebat berdasarkan setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan.

"Argh...Abang Lazim tetap abangku" kata dalam hati ini walaupun sudah 10 tahun masa berlalu. Perkara pahit terjadi disebabkan keinginan Abang Lazim ingin mengahwini minah salleh, Seira yang mana dinafikan oleh ayah, Salleh. Seira adalah rakan seperjuangan Abang Lazim semasa belajar di Amerika. Gadis bermata biru dan berambut perang cukup mengiurkan mana sahaja lelaki. Tidak pernah aku nafikan bahawa Seira adalah kakak iparku walaupun tidak pernah aku temui. Cuma gambar-gambar sahaja yang menjadi titik tolak untuk aku mengakui bahawa Seira adalah kakak iparku.

Nyata kini Abang Lazim tidak akan kembali walaupun puas mak aku menangis meminta pulang. Begitu keras amaran yang diberikan ketika Abang Lazim menyatakan hasrat untuk berkahwin sewaktu ketika dulu. Kini, Abang Lazim hidup senang di Kuala Lumpur bersama seorang cahaya mata yang juga anak saudaraku, Miera. Umurnya baru 3 tahun dan seiras mamanya dengan berambut kuning dan bermata biru. Aku ingin sangat memeluknya namun apa yang dapat ketika ini hanya gambar dilaman sosial sahaja yang dapat aku tatapkan. Tidak puas tetapi apakan daya.

Sesudah selesai menjemur baju, aku kembali masuk ke dalam rumah. Mak aku, Mak Limah sedang berehat sesudah penat menjual nasi lemak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Setia. Demi kami sekeluarga, Mak Limah adalah ketua keluarga sekarang. Kepayahan ini disebabkan ayahku tidak mampu lagi berkerja dek terlantar sakit akibat lumpuh separuh badan. Kemalangan yang berlaku 2 tahun lepas memeritkan lagi kepayahan kami sekeluarga. Bayaran pencen ayahku, Salleh cukup untuk membeli barangan keperluan ayah namun demi menyekolahkan aku, Mak Limah terpaksa berkerja kecil-kecilan sebagai penjual nasik lemak. Berapa sangat untung setiap hari namun itulah nasib kami sekeluarga.

Aku sedih kerana tidak dapat membantu.Aku ibarat penonton dalam kepayahan. "Aku memang tidak berguna!" Bisik dalam hatiku yang lara. Namun, perjuangan aku untuk membantu  keluarga tidak pernah terputus. Aku belajar bersungguh-sungguh demi keluarga namun aku akui aku tidak sehebat Abang Lazim. Ya, Abang Lazim tetap kebanggaan keluarga dan secara amnya kampungku. Tidak berguna aku bersedih dek keputusan peperiksaan aku yang sentiasa tidak menyebelahi aku. Malu juga melihat jiran-jiran asyik memperli aku. " Belajar la rajin-rajin...macam Abang Lazim! Kau tak nak ke tolong mak kau tu?" " Kau ini malaslah. Sepatutnya kau pun boleh berjaya juga macam abang kau". Sedih rasanya hati ini tidak siapa yang tahu. Aku sentiasa dibandingkan dengan Abang Lazim.

Aku akui umurku semakin meningkat namun apa yang aku harus buat untuk mengubah keadaan. Termenung aku keseorangan di ruang tamu rumahku. "Miow..." kucing manjaku, Mimi mahukan belaian aku. Sememang kucing longkang ini cukup pandai mencuit perasaan aku ketika aku terkapai-kapai. Tiba-tiba, sambil membelek surat khabar hari ini, aku terpandang satu tulisan ringkas di ruangan iklan. "Peluang menjadi usahawan berjaya untuk anda" "Oh...idea ini sememang bagus namun aku rasa Mak Limah tentu marah jika dapat tahu aku berminat namun.....

No comments:

Post a Comment